Norasnida abu hassan PENIPU

Assalamualaikum semua...
Selamat pagi... :) jika terjumpa article MOHON baca untuk ingatan dan peringatan kita bersama....

Tahun lepas dalam bulan puasa cam tu...aku berkenalan dengan seorang perempuan dalam lingkungan 30an...Namanyaa NORASNIDA BT ABU HASSAN (Nida)...berkenalan di AIM,satu group dgn aku,group ZAMRUD...Aku masuk AIM ni sbb nk guna modal untuk niaga...

Ok...Aku akan cuba sedaya upaya untuk pendekkan cerita ni...Walaupun aku tahu ianya begitu panjang...Aku kenalkan watak² yang dimainkan oleh Nida...Puteri Qistina Isabell (Bell),Puteri Adriana Umairah (Nana),Nur Fatihah (baby Mook),Tuan Lui,Nur Hasnieda Qausar...

Dan aku tak tahu brp byk lagi watak...Ni yang berkaitan dgn kes aku je iaitu PENIPUAN KUTU IKAN...Sebelum aku join kutu ikan ni hidup aku tenang je...Walaupun kekadang sesak jgk hujung bulan :(...Mungkin ni semua belaku atas desakan hidup...untuk senang kan keluarga...Nk settlekan semua hutang...

Anoi,ini suami aku...Bell yang ajak anoi join pelaburan kutu ikan ni...Bell kata ada tinggal 2 nama lagi nk join x?anoi masa tu kerja kontrak pembersihan longkang,jd masa tu dapat duit RM1200 anoi terus bayar...Tanpa berfikir panjang...Tapi bayar kepada Nida ye...Masa tu memang tak fikir langsung pasal tipu ni...Lagi satu Bell @ Nana akan suruh bagi pada Nida...

Dan start tu...Bell & Nana akan minta duit runcit² sebab depa kata duit diveden naik jadi kena tambah duit...kami yang tak fikir panjang pun bagi je...sampai habis duit kami hinggakan kami pulak meminjam pada orang untuk settlekan pelaburan duit kutu tu...Sampai satu tahap kami suami isteri makan bubur dan garam je...sbb tak ada lauk dan beras nak habis masa tu...Ya Allah,Tuhan je tahu...

Sebulan jugak la kami menanggung benda yang tak ada..Sampai satu tahap kami tak tahan..Kami selidik siasat siapa Bell & Nana ni...sebab kata si Nida depa ni peguam jenayah...Tapi kami tak jumpa apa² pasal peguam ni...

Time tu Raya Haji,aku dan suami tak balik mana² pun sbb kami pinjam duit mak aku,ayah Anoi...Jadi segan nak balik..Beraya la kami berdua dirumah tak ada beras...aku menangis je...Hari sebelum raya haji tu Nida sanggup datang dari Taman Temara semata² nak ambil duit yang Bell minta...Time tu kereta kami tak boleh gerak sebab tayar 4-4 pecah...Tu nyaris kami nk jual...Sbb barang dalam rumah pun dah habis kami jual sbb nak dapatkan duit untuk bayar kutu ikan tu...

Sampai aku tak tahan,sebab masa aku,anoi n mak & ayah anoi p Sarawak Bell minta juga duit pada kami...Memang kami dah tak ada duit...Kami pergi sarawak tu pun sebab flight dah booking...So pergi,berbekalkan RM100...Tu pun kena desak jugak suruh bagi...Sebab depa cakap,aiii p jalan ada duit,nak bayar tak duit...

Lepas balik dari sarawak aku tak puas hati,aku cari jugak...aku cari semua gambar yang Bell & Nana ada share dekat aku...Sampai aku jumpa satu jenama tudung,lau tak silap aku Pandora...Yang pakai tudung tu sebiji macam gambar yang Nida tunjuk kat aku...Aku cari pulak siapa yabg dalam gambar tu...adakah Bell @ Nana...

Akhirnya,terbongkar selepas aku jumpa sendiri IG perempuan yang pakai tudung tu...Aku contact akak tu...namanya Syiqah..Masa tu dy tak ada di Malaysia,dy ada di Australia...Tgh bercuti...selama 2 minggu aku tunggu...Penderitaan..Kami juga dibantu oleh Zul...Allah temukan kami didalam keadaan begini...Alhamdulillah...

Hasil siasatan,rupa²nya Nida bermain dengan khayalannya untuk mendapatkan duit...Bell,Nana,baby Mook,Tuan Lui,hasnieda qausar tak wujud dan tak tahu berapa watak lagi dy mainkan...Ya Allah kami terduduk bila dapat tahu...

Sedih geram semua ada...Yang pasti sekarang Nida memang PENIPU!!!sampai sekarang masih tak kena tangkap,buat report tapi polis tak boleh buat apa² sebab bukti tak kukuh...Apa yang pasti aku tak akan duduk diam selagi kau masih ada diluar sana dan terus berleluasa menipu orang...

Ulasan